Tuliskan sebuah peristiwa yang membuat anda rasa bersalah hingga ke hari ini.
Saya tidak percaya yang saya terpaksa berbuat begitu. Saya tidak percaya yang saya senang diperdayakan. Beban yang salah itu memang berat dipinggulku. Saya berasa sangat bersalah hingga ke hari ini. Saya mempunyai seseorang kawan yang sangat rapat kepada diri saya. Namanya Imran. Kami berdua mengenali satu sama lain sejak darjah tiga. Walaupun kami berada di kelas yang sama, saya tidak begitu rapat dengannya. Tetapi, hanya masa sahaja yang membuat kami rapat. Kami sering pulang rumah bersama. Pada suatu ketika, samasa kami pulang dari sekolah, perbuatan saya itulah yang saya tidak dapat lupa dan hingga hari ini, saya berasa bersalah. Lelaki itu tinggi, berpakaian gelap, memakai topi di atas kepalanya dan berjalan den lintas. Dia menghampiri kami. Tiba-tiba, dia menghulurkan pisau yang tajam terhadap kami. Kami berasa takut. Kaki kami bergementar seakan bola ditendang kuat. Kami tidak tahu hendak membuat apa apa. Lelaki itu mengarah kami untuk memberinya semua duit yang kami ada. Memang benar di dalam dompet kami ada duit, tetapi kami tidak mahu memberinya kerana perbuatan ini adalah mencuri. Masa pun lalu, degupan jantung kami pun samakin cepat. Lelaki tersebut tidak sabar, dia pun menyerang dengan pisau terhadap kami. Saya berasa begitu takut hingga saya menyembunyi di belakang kawan saya. Dia dibunuh. Darah keluar dengan laju. Saya hampir pengsan kerana ketakutan. Saya berlari dari tempat itu dan tidak berpusing semula. Di dalam diri saya cuma ada ketakutan. Saya tidak sampai hati hendak meninggalkan kawan saya. Tetapi saya terpaksa. Sejak hari itulah saya tidak dapat maafkan diri saya. Saya berasa serba salah terhadap diri saya sendiri. Itulah peristiwa yang membuat saya rasa bersalah hingga ke hari ini.
Scream at : 9:47 PM